Keadaan hakisan yang berlaku di kawasan Kampung Kolam, Mengabang Telipot. FOTO Zaid Salim
Keadaan hakisan yang berlaku di kawasan Kampung Kolam, Mengabang Telipot. FOTO Zaid Salim
Zaid Salim


Kuala Nerus: Nelayan Kampung Kolam, Mengabang Telipot, di sini, menggesa pihak berkaitan menyegerakan pembinaan lagun kecil di kawasan pantai di kampung berkenaan.

Mereka mendakwa keputusan membina lagun di kawasan itu sudah diputuskan dalam perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada akhir Disember lalu tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

Abdullah Abd Ghani, 59, yang mewakili 30 nelayan kampung itu mendakwa pihaknya juga dimaklumkan kerajaan negeri sudah bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membina lagun kecil sebagai langkah sementara menghalang hakisan.

"Tolonglah fahami masalah kami yang hanya bergantung rezeki pada hasil laut dan kini sebahagian bangsal yang kami jadikan stor, surau, bilik air dan dapur sudah berada di dalam laut dan kami tidak sanggup lagi melihat jeti kami sedikit demi sedikit hilang dibawa arus.

"Nelayan di sini juga hilang pendapatan apabila tidak dapat ke laut walaupun keadaan tenang kerana pantai yang bertebing menyukarkan kami menurunkan bot dari jeti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 12:55 PM