CHAN bersama Disha Patani dalam satu babak.
CHAN bersama Disha Patani dalam satu babak.
Michelle Gun

Berbeza dengan orang sebaya dengannya, bintang legenda Hong Kong, Datuk Jackie Chan masih cergas pada usia 62 tahun dan aktif melakukan aksi lagak ngeri. Pakar seni mempertahankan diri ini turut kurang gemar menggunakan pelagak ngeri melakonkan babak lasak dan lebih selesa membuat aksi itu sendiri.

Malah, pembedahan dijalani Chan ketika di London bukan halangan kepada produser dan pengarah ini untuk segera kembali ke set penggambaran Kung Fu Yoga di Iceland.

“Saya jumpa doktor di London kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan. Doktor mendapati ada masalah pada bahagian usus manakala kulit dan otot rosak,” katanya.

Menurut pelakon itu, dia terpaksa menjalani pembedahan segera selama lima jam dan turut dinasihati menundakan penggambaran filem.

“Pembantu saya menangis di luar bilik pembedahan. Saya hanya berehat satu hari dan kembali bekerja keesokannya. Sebaik tiba di Iceland, saya bertegas mahu buat aksi dalam air sejuk sendiri walaupun ada pelagak ngeri sedia melakukan tugas itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 6:08 AM