PEMAIN Maghribi Bouhaddouz (kiri) menanduk bola menewaskan penjaga gol Togo, Kossi Agassa.
PEMAIN Maghribi Bouhaddouz (kiri) menanduk bola menewaskan penjaga gol Togo, Kossi Agassa.
AFP

Oyem, Gabon: Juara bertahan Ivory Coast perlu menewaskan Maghribi yang dibimbing bekas jurulatih mereka Herve Renard jika mahu layak ke suku akhir Piala Negara Afrika selepas sekadar seri sepanjang dua perlawanan awal.

Mereka ketinggalan dua kali sebelum bangkit dan mengikat DR Congo 2-2 di Oyem menerusi jaringan Wilfried Bony dan Geoffrey Serey Die.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan C, Maghribi mengalahkan Togo 3-1 hasil jaringan Aziz Bouhaddouz, Romain Saiss dan Youssef En-nesyri selepas Mathieu Dossevi membuka jaringan buat Togo.

DR Congo memimpin Kumpulan C dengan empat mata dan mereka sekadar perlu seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Togo di Port-Gentil untuk ke suku akhir.

Ivory Coast ketinggalan satu mata di belakang Maghribi dan mereka tidak mempunyai pilihan kecuali menang pada pertemuan terakhir nanti.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:28 AM