IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Lelaki warga Indonesia ditemui lemas dalam kolam ikan, hari ini, selepas dipercayai terjatuh ketika membersihkan kawasan kolam itu di Taman Desa Temiang.

Mangsa dikenali Tris Pawit, 42, memotong rumput di tepi kolam itu sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata mayat mangsa ditemui majikannya pada 9.10 pagi.

“Majikan kemudian lapor polis. Mayat mangsa ditemui terapung dan masih berpakaian lengkap.

“Kita kemudian mendapatkan bantuan amggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban untuk mengangkat mayat mangsa.

"Siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah. Mangsa adalah pekerja kolam ikan itu sejak tujuh tahun lalu. Tinggal seorang diri di sebuah rumah berhampiran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Thiew berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 7:58 PM