SEBUAH rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Kampung Simpol Berlubang, dekat Kepas, Machang. FOTO ihsan bomba
SEBUAH rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Kampung Simpol Berlubang, dekat Kepas, Machang. FOTO ihsan bomba
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan berlaku tanah runtuh di bahagian belakang sebuah kediaman di Kampung Simpol Berlubang, dekat Kepas, di sini, jam 8 malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 8.16 malam dan mengarahkan satu jentera ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati berlaku mendapan tanah pada sebuah rumah jenis kekal menyebabkan bahagian dapur terjejas berikutan rumah tersebut dibina di tepi cerun.

"Tiada mangsa dilaporkan terperangkap kerana ketika kejadian penghuni tiada di rumah. Pemeriksaan dilakukan di sekitar rumah bagi memastikan kawasan itu selamat," katanya.

Menurutnya, pihak bomba mengarahkan rumah itu dikosongkan dengan serta merta bagi mengelakkan kejadian buruk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 10:26 AM