PENDUDUK potong pokok tumbang di Kampung Sungai Rusa. Selain itu, kereta remuk selepas langgar pokok di Jalan Tun Sardon menghala ke arah Balik Pulau, dekat Anjung Singgah, dalam kejadian ribut di Balik Pulau, 9.30 malam tadi.

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin dan Mohd Hilmi Mahmud

Balik Pulau: Lelaki cedera selepas keretanya dihempap pokok tumbang akibat angin kencang di Jalan Tun Sardon, di sini, 9.30 malam tadi.

Difahamkan, angin kencang sekitar Balik Pulau itu berlaku antara 8.30 malam hingga 12 tengah malam tadi, mengakibatkan banyak pokok tumbang.

Malah, Pusat Khidmat ADUN Telok Bahang dibuka apabila Kampung Sungai Rusa dan Permatang Pasir adalah antara tempat terjejas teruk sehinggakan atap beberapa rumah penduduk serta kedai rosak dan tertanggal akibat diterbangkan angin.

Sumber berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut dan identitinya belum diketahui.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut antara kawasan yang dikenalpasti mengalami kejadian pokok tumbang adalah Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Japan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Lintang Pokok Upeh manakala kabel elektrik terputus di Jalan Sungai Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 2:37 AM