Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Balik Pulau: Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar lori dalam di Jalan Pondok Upeh, di sini, 10.45 pagi ini.

Ho Chew Meng, 49, ketika itu dalam perjalanan dari Jalan Tun Sardon ke Balik Pulau sebelum terbabit kemalangan dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 33 tahun hanya cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Nor Salawati Saad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Katanya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:09 PM