TUNKU Ismail Sultan Ibrahim, gambar kecil Khalid Ali. FOTO Osman Adnan
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim, gambar kecil Khalid Ali. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim disaran memikirkan semula keengganannya dicalonkan untuk kerusi nombor satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat kongres ke-53 pada 25 Mac ini.

Menghormati pendirian Tunku Ismail yang mahu mengelak sebarang konflik kepentingan membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) jika dipilih Presiden FAM nanti, pemilik kelab berkenaan diseru mempertimbangkan keputusannya itu.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, kemerosotan Harimau Malaysia dan kegagalan sistem bola sepak negara hanya boleh diubah jika Tunku Ismail dilantik ke jawatan itu berdasarkan perubahan dilakukannya sepanjang memimpin Johor DT.

“Kita sudah mundur berbanding pasukan lain terutama Thailand dan Vietnam yang jauh meningkat termasuk prestasi pasukan kebangsaan mereka serta sistem liga di kedua-kedua negara itu.

“Malaysia pula makin ketinggalan dan agak sukar untuk berubah biarpun ada usaha dilakukan, tapi tidak berhasil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 9:41 AM