Mora (kiri) serta Safiq memegang piala bersama Baddrol dan Nidzam (kanan sekali).FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mora (kiri) serta Safiq memegang piala bersama Baddrol dan Nidzam (kanan sekali).FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Ibrahim Isa


Johor Bahru: Walaupun baharu mengendalikan dua sesi latihan bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) jurulatih Benjamin Mora yakin anak buahnya mampu menewaskan juara Piala Malaysia 2016, Kedah dan menjulang Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, Johor Bahru esok.

Benjamin pada sidang media hari ini berkata, tiada perubahan drastik akan dilakukan kerana JDT dibarisi pemain berpengalaman.

"Tugas sebagai jurulatih hanya memberi panduan dan buat masa ini saya akan cuba menerapkan beberapa pilihan yang bileh dilakukan mereka ketika perlawanan berlangsung," katanya.

Penolong jurulatih Kedah, Nidzam Azhar Yusof berkata, pasukannya tidak melihat perubahan jurulatih JDT sebagai kelebihan sebaliknya lebih memberi tumpuan pada pasukan sendiri.

Katanya, kekalahan 0-5 kepada JDT tahun lalu sudah dilupakan dan berharap pemain fokus beraksi pada perlawanan itu.

Hadir sesi sidang media di Stadium Larkin ketua pasukan JDT, Safiq Rahim dan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 7:02 PM