Nawal menunjukkan sistem diguna pakai STAM di Kementerian Pendidikan. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Nawal menunjukkan sistem diguna pakai STAM di Kementerian Pendidikan. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 akan diumumkan Khamis ini.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Semakan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) iaitu mySMS 15888, dan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 19 Januari dan ditamatkan pada 11.59 malam 25 Januari ini," katanya.

Menurutnya, seramai 8,784 calon mendaftar untuk menduduki STAM 2016 di 224 pusat peperiksaan.

Daripada jumlah itu, seramai 2,110 ialah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Sementara 4,617 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, calon persendirian (1,269), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (680), calon dari Kemboja yang berdaftar dengan kementerian (78) dan calon sekolah menengah swasta (30).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 7:01 PM