(Gambar fail) Sebahagian daripada 21 pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menunjukkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 yang diumumkan tahun lalu. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
(Gambar fail) Sebahagian daripada 21 pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menunjukkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 yang diumumkan tahun lalu. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
Hayati Ibrahim


KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan dikeluarkan Khamis depan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

"Calon persendirian akan dimaklum melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Mereka juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi 18 Januari dan ditamatkan pada 6 petang, 24 Januari," katanya di Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, seramai 9,534 calon mendaftar untuk menduduki STAM di 240 pusat peperiksaan.

Dari jumlah itu, 2,365 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 4,951 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 704 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat; 1,370 calon persendirian manakala 52 calon Sekolah Menengah Swasta yang berdaftar dengan KPM.

Sementara 92 calon lagi calon luar negara (Kemboja) yang mendaftar dengan KPM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 8:33 PM