Abdulgadir yang ditahan polis Turki hari ini dan kanan, petikan rakaman CCTV ketika dia masuk ke dalam kelab malam Reina sambil melepaskan tembakan. - Foto AFP/Agensi
Abdulgadir yang ditahan polis Turki hari ini dan kanan, petikan rakaman CCTV ketika dia masuk ke dalam kelab malam Reina sambil melepaskan tembakan. - Foto AFP/Agensi
AFP

Istanbul: Lelaki yang ditahan kerana disyaki menembak mati 39 orang dalam kelab malam di Istanbul pada malam 31 Disember lalu, mengaku melakukan jenayah itu kepada polis Turki.

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin, memberitahu media: “Pengganas itu mengakui jenayahnya.”

Menurutnya, lelaki yang ditahan itu ialah Abdulgadir Masharipov dilahirkan di Uzbekistan.

Pihak berkuasa Turki yang melancarkan operasi besar-besaran memburu penyerang kelab malam berkenaan sejak dua minggu lalu, menahan lelaki berusia 39 tahun itu awal pagi tadi.

Ketika ditahan, Abdulgadir bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun dalam pangsapuri di Esenyurt di sini. Pangsapuri itu disewa daripada warga Kyrgyz di Istanbul yang turut ditahan.

Polis turut menahan lima lagi individu, termasuk tiga wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 4:35 PM