PASUKAN paramedik merawat mangsa yang cedera sejurus selepas serangan. Gambar kecil, rakaman kamera keselamatan menunjukkan penyerang meletupkan dirinya.
PASUKAN paramedik merawat mangsa yang cedera sejurus selepas serangan. Gambar kecil, rakaman kamera keselamatan menunjukkan penyerang meletupkan dirinya.
AFP

Istanbul: Satu serangan bom berani mati menggegarkan kawasan membeli-belah popular di Istanbul semalam menyebabkan lima orang terbunuh dan 36 mangsa termasuk 12 pelancong asing cedera.

Serangan berkenaan berlaku di Istiklal Caddesi pada pagi semalam, enam hari selepas satu lagi serangan bom di Ankara yang menyebabkan 35 orang maut.

“Ini adalah serangan berani mati. Ini adalah serangan pengganas,” kata Gabenor Istanbul, Vasip Sahin.

Menurutnya, pengebom yang melancarkan serangan itu antara individu yang terbunuh.

Bom itu meletup berhampiran sebuah pusat beli-belah, tetapi Vasip memberitahu, sasaran penyerang adalah sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan di Beyoglu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:14 AM