GAMBAR yang diberi kepada wartawan. FOTO Nabihah Kamal
GAMBAR yang diberi kepada wartawan. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Penjual pil gugur kandungan dalam talian semakin keji apabila menggunakan gambar janin digugurkan hasil penggunaan pil berkenaan sebagai bukti keberkesanannya.

Siasatan Harian Metro mendapati penjual berkenaan menawarkan gambar testimoni pelanggan yang menggugurkan kandungan menggunakan pil cytotec dan misoprostol.

Mereka menghantar gambar menyayat hati janin yang keluar selepas menelan pil berkenaan.

Pada masa sama, mereka menunjukkan mesej pengalaman pelanggan yang menggunakan pil itu.

Wartawan Harian Metro berjaya mendapatkan ‘penjual kejam’ itu selepas menyamar sebagai pelanggan. Berikut sebahagian perbualan berkenaan:

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 10:05 AM