Law Boung Shi dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Law Boung Shi dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Lelaki berusia 24 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Tanjung Batu, di sini,petang tadi.

Dalam kejadian 6.10 petang itu, Law Boung Shi dikatakan mandi bersama beberapa rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata, anggota bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.14 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudiannya ke lokasi.

"Setakat ini, pihak bomba masih sedang berusaha mengesan mangsa." Katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 7:55 PM