FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Sebuah rumah panjang dipercayai musnah dalam kebakaran di Belaga di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 12.30 petang itu, Rumah Panjang Long Urun berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman dikatakan terbakar seratus peratus, bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Bintulu, Di Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.53 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu masih dalam perjalanan yang mengambil masa lima jam untuk ke lokasi.

"Anggota bomba dijangka sampai pada jam 6 petang menggunakan jalan balak. Setakat ini, kami belum menerima maklumat lanjut mengenai kebakaran itu sama ada membabitkan mangsa ataupun tidak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 3:06 PM