ANGGOTAbomba mengusung mayat Muhammad Ishaqnur Abd Latiff. FOTO Rosli Ilham
ANGGOTAbomba mengusung mayat Muhammad Ishaqnur Abd Latiff. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Remaja lelaki ditemui lemas selepas mandi di Tasik Puteri, Bukit Besi, dekat sini, tengah hari tadi.

Mayat Muhammad Ishaqnur Abd Latiff, 17, ditemui anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al muktaffi Billah Shah (AMBS) pada 12.42 tengah hari.

Mangsa yang berasal dari Kampung Bukit Chatak di sini, dikatakan pergi ke lokasi kejadian untuk mandi bersama rakannya, kira-kira 10 pagi.

Difahamkan, sebaik tiba, mangsa terus mandi manakala rakan yang lain sedang menukar pakaian sebelum mendapati remaja itu hilang.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Jaswari Awang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.30 pagi dan terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebelum menemui mayat mangsa tersangkut pada batang kayu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 2:45 PM