Siba Isteri Sudirman di samping mayat suaminya. di Desa Tanjung Laga, Banyuasin. - Foto Tribunnews.com
Siba Isteri Sudirman di samping mayat suaminya. di Desa Tanjung Laga, Banyuasin. - Foto Tribunnews.com
AFP

Jakarta: Seorang lelaki yang mahu mengambil daun nipah bersama empat rakannya maut dibaham harimau di sebuah taman negara di Sumatera.

Pegawai Taman Negara Sembilang di Sumatera, Afan Absori berkata, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa yang dikenali sebagai Sudirman, 25, dan rakannya dalam perjalanan keluar dari hutan selepas mengambil daun nipah ketika hari sudah hampir malam

“Tiba-tiba Sudir menjerit meminta tolong kerana diterkam harimau Sumatera. Rakan-rakannya yang melihat harimau itu melarikan diri untuk meminta bantuan penduduk.

“Apabila mereka kembali, harimau itu sudah tiada dan Sudir ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Jurucakap polis, Cahyo Budi Siswanto yang mengesahkan kejadian berkata, kesan gigitan dikesan pada leher, kaki dan punggung mangsa.

Menurut Afan, kumpulan itu tidak sepatutnya berada di kawasan berkenaan kerana ia adalah kawasan larangan.

Harimau Sumatera dianggap spesies haiwan terancam dan dianggarkan hanya ada antara 400 hingga 500 ekor masih hidup di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 8:45 PM