WAN Nor Azlina menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan kakitangan sebuah syarikat penghantaran kurier. FOTO Rosli Ilham.
WAN Nor Azlina menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan kakitangan sebuah syarikat penghantaran kurier. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


Dungun: “Apa susah kalau barang hilang, insurans ada,” begitu penjelasan kakitangan syarikat perkhidmatan kurier, di sini, menyebabkan pelanggannya, Wan Nor Azlina Wan Ali, 31, berang sebelum merakam video dan ditularkan ke media sosial, 5 Januari lalu.

Berikutan itu, rakaman video masing-masing berdurasi dua minit enam saat dan dua minit sembilan saat yang dimuat naik wanita berkenaan di akaun Facebook Wan Lina Wan Ali menarik perhatian ramai, sekali gus menerima pelbagai komen daripada netizen.

Wan Nor Azlina yang juga pemilik butik berkata, dia pergi ke syarikat penghantaran kurier terbabit pada hari sama untuk bertanya mengenai barang dikurier kepadanya dan sepatut diterimanya sehari sebelum itu.

Katanya, dia sepatutnya menerima kurier majalah ditempah daripada sebuah syarikat pencetakan di Kuala Lumpur bernilai RM2,000.

“Apabila kurier terbabit tidak diterima pada 4 Januari lalu, keesokan harinya saya dan suami pergi ke syarikat untuk bertanya mengenainya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 9:23 AM