DULU. Pintu gerbang kelihatan gah sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang dibina UMNO Lenggong di depan pejabat pos (gambar pada 31 Ogos 1957).
DULU. Pintu gerbang kelihatan gah sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang dibina UMNO Lenggong di depan pejabat pos (gambar pada 31 Ogos 1957).
KINI. Bangunan Pejabat Pos Lenggong yang lama masih kekal sehingga sekarang.
KINI. Bangunan Pejabat Pos Lenggong yang lama masih kekal sehingga sekarang.
DULU.  Replika kapal layar daripada parti Perikatan diarak dari pekan Lenggong ke Kuak sejauh kira-kira 20 kilometer sebagai tanda kegembiraan penduduk menyambut pengisytiharan kemerdekaan negara.
DULU. Replika kapal layar daripada parti Perikatan diarak dari pekan Lenggong ke Kuak sejauh kira-kira 20 kilometer sebagai tanda kegembiraan penduduk menyambut pengisytiharan kemerdekaan negara.
KINI. Pemimpin tempatan berbasikal bagi memudahkan bermesra dengan penduduk di sekitar pekan Lenggong, baru-baru ini.
KINI. Pemimpin tempatan berbasikal bagi memudahkan bermesra dengan penduduk di sekitar pekan Lenggong, baru-baru ini.
DULU. Barisan pemimpin tempatan bergambar kenangan di depan Bangunan UMNO Lenggong
DULU. Barisan pemimpin tempatan bergambar kenangan di depan Bangunan UMNO Lenggong
KINI. Bangunan UMNO yang lama turut dikekalkan.
KINI. Bangunan UMNO yang lama turut dikekalkan.
DULU. Wajah lama pekan Lenggong (gambar pada 1957).
DULU. Wajah lama pekan Lenggong (gambar pada 1957).
KINI. Sebahagian bangunan lama di pekan Lenggong masih dikekalkan.
KINI. Sebahagian bangunan lama di pekan Lenggong masih dikekalkan.
D J Dolasoh

Keunikan daerah kecil Lenggong, Perak bukan saja kerana asal usul namanya yang mempunyai unsur mitos dan legenda tapi juga 40,000 penduduknya terdiri daripada empat suku kaum iaitu Melayu, Cina, Orang Asli dan India.

Lenggong satu daripada tiga bandar kecil selain Gerik dan Pengkalan Hulu (dulu Kroh) dalam daerah Hulu Perak sinonim dengan zaman penempatan terawal manusia iaitu Perak Man yang hidup 11,000 tahun lalu. Rangkanya ditemui di Gua Gunung Runtuh, Kampung Gelok kira-kira lima kilometer dari pekan Lenggong.

Pelbagai pihak membuat kajian dan penyelidikan di Lenggong itu terutama Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) berkaitan kawasan Lembah Lenggong yang mempunyai sembilan tempat arkeologi terpenting sebagai tapak Zaman Paleolitik terbesar di Asia Tenggara sejak 200,000 tahun lalu.

Berikutan itu, Lembah Lenggong diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 lalu.

Namun, tidak ramai yang mengetahui di sebalik lokasi sejarah terbesar itu bagaimana Lenggong mendapat nama dan sebutan mungkin asing kepada mereka yang berada di luar Perak.

Menurut Ketua Kampung Lenggong Mohd Razli Ahmad, 61, Lenggong diberi nama selepas mengalami satu peristiwa berlaku sekitar 250 hingga 300 tahun lalu membabitkan seorang penduduk Orang Asli bernama Semang.

“Semang menebang satu pokok sebesar lima pemeluk yang kemudian tumbang ‘terlanggung’ ke atas pokok balak lebih kecil di kawasan berbanir menyebabkan ia tersadai puluhan tahun hingga akhirnya ditutur orang sebagai tempat langgong yang kemudian disebut ‘lenggong’.

“Lenggong juga tidak terlepas daripada cengkaman pihak komunis dengan penderitaan yang dialami penduduk terutama beberapa bulan di pertengahan tahun 1945 ketika proses transisi penjajahan tentera Jepun kepada pemerintahan British,” katanya.

Pada era ancaman anasir surversif komunis bermula pada tahun 1945 hingga 1948, Lenggong dianggap kawasan ‘berdarah’ apabila menjadi sasaran utama serangan termasuk banyak rumah penduduk dibakar Kkmunis diketuai Chin Peng yang berkubu di Klian Intan, Pengkalan Hulu (Kroh).

Mohd Razli berkata, Lenggong dan seluruh Hulu Perak diisytiharkan kawasan ‘putih’ pada era 1980-an dan semakin aman di bawah pemerintahan kerajaan Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pekan Lenggong dulu umpama pekan koboi tapi beberapa bangunan setingkat yang dibina sejak tahun 1954 kini masih berdiri teguh di tengah pekan itu yang dibaik pulih semula.

Beberapa orang kenamaan termasuk tiga Menteri Besar Perak adalah anak kelahiran Lenggong iaitu Tan Sri Ghazali Jawi, Datuk Sri Ahmad Said dan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali selain mantan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim.

Kini, Lenggong berwajah baru di bawah Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beberapa institusi pendidikan tinggi dibina semenjak 10 tahun lalu antaranya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong dan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong (GALL). Lenggong kini menjadi tumpuan dengan kunjungan kira-kira 100,000 pelancong tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 11:45 AM