MAMONDE dihasilkan daripada inspirasi khasiat bunga-bungaan.
MAMONDE dihasilkan daripada inspirasi khasiat bunga-bungaan.
1. SAPU nipis serum First Energy sebelum memulakan solekan.
1. SAPU nipis serum First Energy sebelum memulakan solekan.
2. SEGARKAN wajah dengan rangkaian Rose Water.
2. SEGARKAN wajah dengan rangkaian Rose Water.
3. URUT lembut wajah dengan Floral Hydro Emulsion.
3. URUT lembut wajah dengan Floral Hydro Emulsion.
4. RATAKAN krim pelembab Floral Hydro ke seluruh wajah dan leher.
4. RATAKAN krim pelembab Floral Hydro ke seluruh wajah dan leher.
5. OLES Shimmer Skin Primer untuk membantu solekan tahan lama.
5. OLES Shimmer Skin Primer untuk membantu solekan tahan lama.
6. PEDAP lembut bedak kusyen Cover Powder rona 23 pada wajah dan leher.
6. PEDAP lembut bedak kusyen Cover Powder rona 23 pada wajah dan leher.
7. TEKAN dan putar Jelly Blusher sebelum disapu pada tulang pipi.
7. TEKAN dan putar Jelly Blusher sebelum disapu pada tulang pipi.
8. GUNAKAN warna paling terang di palet 04 Gradiation Eyeshadow sebagai asas dan pada sudut mata.
8. GUNAKAN warna paling terang di palet 04 Gradiation Eyeshadow sebagai asas dan pada sudut mata.
9. ADUNKAN pula warna pastel pada seluruh kelopak mata.
9. ADUNKAN pula warna pastel pada seluruh kelopak mata.
10. GUNAKAN hujung berus yang tirus dan kecil untuk mengadun warna paling gelap di hujung mata.
10. GUNAKAN hujung berus yang tirus dan kecil untuk mengadun warna paling gelap di hujung mata.
11. BUAT garisan nipis untuk impak mata besar dengan pensel Super Longwear rona Dark Brown.
11. BUAT garisan nipis untuk impak mata besar dengan pensel Super Longwear rona Dark Brown.
12. OLES maskara Big Eye - Curling (no 3 ) dan Volume (no 1) untuk hasil bulu mata lentik.
12. OLES maskara Big Eye - Curling (no 3 ) dan Volume (no 1) untuk hasil bulu mata lentik.
13. RAPIKAN kening dengan pensel Natural Auto warna Dark Brown.
13. RAPIKAN kening dengan pensel Natural Auto warna Dark Brown.
14. SAPUKAN Highlight Lip Tint warna Pin Spot pada bahagian dalam bibir dan pedap lembut.
14. SAPUKAN Highlight Lip Tint warna Pin Spot pada bahagian dalam bibir dan pedap lembut.
PENAMPILAN solekan ‘ulzzang’ yang manis dan feminin.
PENAMPILAN solekan ‘ulzzang’ yang manis dan feminin.
Nor Faizah Mohamed


Lembut, manis dan feminin sentiasa dikaitkan dengan solekan wanita Korea Selatan. Tanpa riasan smokey pada mata, bedak asas yang tebal dan penyamar cela yang bercapuk, solekan sederhana ini bukan saja hangat di jalanan malah popular di pentas peragaan.

Dalam keadaan cuaca panas dan lembap di negara ini, makin ramai wanita mula memberi tumpuan kepada solekan sederhana kerana bimbang solekan tebal mudah cair hingga terpaksa dioles semula.

Menurut Eksekutif Kanan Latihan Mamonde Malaysia, Landy Yeap faktor cuaca ini bagaimanapun membuatkan ramai wanita kurang peka dengan penjagaan kulit wajah secara menyeluruh lalu mengakibatkan solekan tidak tahan lama malah ada yang memberi kesan mudarat.

“Kulit yang bersih dan bebas cela menjadi tanda aras kepada tahap kecantikan luaran seseorang wanita. Disebabkan itu juga majoriti wanita Jepun dan Korea Selatan lebih banyak tertumpu kepada rejim penjagaan kulit secara menyeluruh bagi menampakkan wajah sentiasa sihat serta segar.

“Ramai wanita Malaysia beranggapan tidak perlu mengamalkan rutin penjagaan kulit yang menyeluruh kerana berasakan ia membebankan kulit.

“Jadi mereka lebih gemar menggunakan banyak bedak asas atau penyamar cela semata-mata untuk menutup keadaan kulit yang tidak sihat itu,” katanya.

Sebaik-baiknya Landy mengesyorkan amalan tiga perkara utama iaitu membersih, menyegar dan melembap, selain serum serta krim tabir suria untuk perlindungan tambahan.

Dari segi solekan pula, sebaik-baiknya gunakan produk yang berasaskan sumber semula jadi seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Mamonde antara jenama yang diilhamkan daripada bunga-bungaan dan popular dalam kalangan wanita Korea Selatan kerana hasil solekan yang manis serta ‘ulzzang’ bak dutanya, pelakon Park Shin Hye.

‘Ulzzang’ adalah ayat popular dalam masyarakat Korea Selatan yang bermaksud cantik atau berwajah menarik.

Asalnya ia digunakan sebagai bahasa slanga yang menggambarkan seseorang itu mengikuti gaya atau budaya fesyen tertentu.

Untuk riasan manis ala Park Shin Hye ini, Landy memberi penekanan kepada penggunaan bedak kusyen Cover Powder dan Highlight Lip Tint untuk olesan bibir.

Bedak kusyen Cover Powder ini diinspirasi daripada kecantikan bunga pic yang memberi hasil kulit cerah bercahaya.

Selain membantu mengawal sebum berlebihan, ia turut mengekalkan solekan kelihatan segar dan berseri.

Produk pelbagai fungsi ini tidak ketinggalan mencerahkan, bertindak sebagai antikedutan dan dilengkapi perlindungan UV (SPF50 +/PA +++).

Dirumus dengan teknologi Flower Layering System, bedak kusyen ini memberi litupan menyeluruh pada wajah tanpa meninggalkan kesan comot atau bercapuk.

Highlight Lip Tint pula banyak dilatari warna terang sambil diselangi beberapa pilihan rona lembut dan feminin.

Tekstur mewah pada setiap olesan juga menjadi tumpuan, selain hasil kesan pigmen warna yang memberikan efek kemilau bak mengoles pengilat bibir.

Struktur lembapan minyaknya pula membantu mengelakkan kekeringan pada bibir dan ia bertindak seakan-akan salap bibir yang tidak meninggalkan kesan melekit atau berminyak.

Salap merangkap pengilat dan gincu bibir ini dirumus daripada bahan organik yang bukan saja melembutkan bibir, malah meningkatkan serinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 1:08 PM