SHAY dan isteri, Holy, bersama anak kembar mereka yang dilahirkan selang 10 minit tetapi pada tahun berbeza.   - AP
SHAY dan isteri, Holy, bersama anak kembar mereka yang dilahirkan selang 10 minit tetapi pada tahun berbeza. - AP

Glendale (Amerika Syarikat): Sepasang kembar dilahirkan dalam jarak 10 minit tetapi pada tahun yang berbeza.

Stesen televisyen Phoenix KNXV-TV melaporkan, pasangan Holly dan Brandon Shay menyambut kelahiran anak lelaki pertama mereka, Sawyer pada 11.51 malam Sabtu, 31 Disember 2016 lalu di Hospital Banner, Arizona.

Anak kedua mereka, Everett pula dilahirkan seminit selepas tengah malam Ahad, 1 Januari 2017.

Keadaan serupa berlaku di San Diego.

Sepasang bayi kembar perempuan dilahirkan di hospital di situ dengan seorang dilahirkan pada 11.56 malam Sabtu lalu, sebelum Tahun Baru dan seorang lagi sejurus selepas tengah malam pada Ahad. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 9:21 AM