Datuk Dr Ab Rahman menunjukkan gambar rangka manusia dipercayai lelaki warga asing yang ditemui di pesisir pantai dekat Chalet Bayu Melayu, Melawi Bachok.
Datuk Dr Ab Rahman menunjukkan gambar rangka manusia dipercayai lelaki warga asing yang ditemui di pesisir pantai dekat Chalet Bayu Melayu, Melawi Bachok.
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan rangka manusia ditemui di pesisir pantai dekat Chalet Bayu Melayu, Melawi, Bachok semalam adalah lelaki warga asing.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, ia berdasarkan kesan tatu ditemui pada bahagian pinggang dan peha.

"Identitinya masih sukar dikenal pasti memandangkan hanya rangka bahagian pinggang ke bawah sahaja ditemui.

"Namun kita percaya, mangsa bukan warga tempatan, sebaliknya lelaki warga asing kerana kesan tatu di pinggang dan kedua-dua peha," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Kira-kira 10.25 pagi semalam, pihak polis menerima panggilan memaklumkan penemuan rangka manusia di kawasan itu oleh penduduk kampung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 3:27 PM