MANGSA melecur teruk meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan Bomba
MANGSA melecur teruk meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan Bomba
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

 

Baling: Lelaki warga emas, Law Eng Soong, 72, maut terbakar di Tanah Perkuburan Cina di Jalan Pulai Rambong , Kupang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4. 15 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kubur melecur 70 peratus dipercayai akibat disambar api ketika membakar sampah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, akibat kejadian itu manga melecur di badan, kedua-dua tangan dan peha.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan awal tidak mempunyai unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 9:17 AM