Mohd Ruzaini Zulkepli


Putatan: Seorang wanita ditemui mati terbaring dalam kereta berhampiran Dewan Serbaguna Kampung Meruntum, di sini, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 8.30 pagi selepas terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan mayat itu.

"Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui di dalam kenderaan terbabit, mangsa bernama Nuratiqah Abdullah berusia 42 tahun, beralamat di Kampung Nagapas, Papar.

"Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 8:14 PM
Mayat wanita ditemui di dalam kereta berhampiran Dewan Serbaguna Kampung Meruntum, pagi tadi. FOTO Mohd Adam Arinin
Mayat wanita ditemui di dalam kereta berhampiran Dewan Serbaguna Kampung Meruntum, pagi tadi. FOTO Mohd Adam Arinin