PELAJAR Mohd Ghaffar Mohd Paud, 11, (kanan) bersama rakannya ketika menyertai Kembara Amal Berkuda ke sembilan masjid. FOTO Amir Irsyad Omar
PELAJAR Mohd Ghaffar Mohd Paud, 11, (kanan) bersama rakannya ketika menyertai Kembara Amal Berkuda ke sembilan masjid. FOTO Amir Irsyad Omar
Azma Razana Johari


Permatang Pauh: UMNO Bahagian Permatang Pauh mencipta kelainan dengan mengadakan konvoi berkuda dan menjelajah ke sembilan masjid untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di sini.

Konvoi pada 9 pagi itu diketuai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sendiri.

Menurutnya, selain memberi keterujaan kepada orang ramai ia juga sebahagian usaha menghidupkan sunah Nabi Muhammad SAW.

Katanya, idea itu tercetus selepas melihat sukan berkuda mula dipelopori sekolah tahfiz dalam kawasan parlimennya.

"Menunggang kuda sambil menyampaikan bantuan itu adalah pendekatan baharu yang julung kali dilaksanakan oleh kami.

"Program ini direncanakan dengan kerjasama daripada sebuah sekolah tahfiz di sini yang menerapkan aktiviti berkuda dalam kalangan pelajarnya," katanya yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan di Masjid Papan, Kampung Pertama, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 12:54 PM