KOLAM air berpancuran yang turut dihiasi pelbagai tanaman pilihan.
KOLAM air berpancuran yang turut dihiasi pelbagai tanaman pilihan.
HAMPARAN rumput yang memberikan keselesaan dan kehijauan.
HAMPARAN rumput yang memberikan keselesaan dan kehijauan.
KOLAM air berpancuran dari sudut berbeza.
KOLAM air berpancuran dari sudut berbeza.
IDEA susun atur tanaman yang menarik.
IDEA susun atur tanaman yang menarik.

Berada dalam persekitaran hijau antara terapi ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sesiapa saja pasti mengimpikan binaan taman semula jadi, sedap mata memandang dan praktikal ketika bersantai.

Peluang membina landskap atau taman konsep hijau di sebuah kediaman baru di Taman Alpina, Puchong Selatan, Selangor dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Bumi Hijau Landscape.

Pengurusnya, E Eyalarsan Achu berkata, sebaik diberi kepercayaan dia akan berbincang dengan pemilik kediaman supaya keperluan dan cita rasa tampil selari.

"Dalam apa jua keadaan, aspek keluasan ruang taman dan kesesuaian pilihan tanaman dan konsep antara yang terpenting.

"Bagaimanapun, proses binaan taman di kediaman ini berjalan lancar kerana pemiliknya tidak cerewet dan memberikan kerjasama baik," katanya.

Pada keluasan taman 2,000 kaki persegi itu, Eyalarsan berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menzahirkan taman hijau santai.

"Konsep taman ini dipilih pemilik kerana lebih ringkas dan mudah diselenggara tanpa mengira masa," katanya.

Paling menambah kehijauan ialah hamparan rumput Filipina yang kelihatan subur sebagai latar utama taman.

"Bagi memudahkan laluan atau pergerakan di taman, kebanyakan tanaman berada di bahagian tembok pagar dengan variasi tersendiri.

"Di satu sudut khas pula, kolam air berpancuran yang dilengkapi tanaman air dan ornamen haiwan seperti katak nyata mencuri perhatian," katanya.

Beberapa tanaman hijau dan daun pelbagai warna turut dipilih sebagai tanaman utama.

Masing-masing mempunyai karakter dan tarikan yang membuatkan taman benar-benar seperti semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 8:47 PM