DUA suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Syafiq Ambak
DUA suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Syafiq Ambak
Zatul Ifffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Dua lelaki termasuk seorang pengarah eksekutif badan bukan kerajaan direman empat hari bagi membantu kes penipuan umrah membabitkan kira-kira 2,000 mangsa dengan nilai jutaan ringgit.

Perintah reman terhadap suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an yang juga seorang akauntan itu dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dua suspek ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan badan pertubuhan itu mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya.

Bagaimanapun, yayasan itu menafikan pihaknya menipu 2,418 peserta yang sebahagian membabitkan ramai guru untuk mengikuti Program Umrah anjuran yayasan itu.

Difahamkan, punca penangguhan dan pindaan tarikh penerbangan ke tanah suci seperti yang dirancang pada bulan ini kerana yayasan itu lewat menerima bajet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 2:26 PM