Chandra (dua dari kanan) menunjukkan syabu yang dirampas. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Chandra (dua dari kanan) menunjukkan syabu yang dirampas. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Polis berjaya merampas syabu seberat 2.02 kilogram (kg) bernilai RM260,000 dan menahan seorang jurujual kosmetik wanita dalam serbuan di Wisma Merdeka, Jalan Tun Razak, di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuab 1.30 tengah hari, suspek berusia 34 tahun itu ditahan pasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika serbuan suspek membawa satu bungkusan plastik keluar dari bangunan Wisma Merdeka menuju ke Jeti Tunku Abdul Rahman dipercayai untuk diserahkan kepada seorang lagi individu.

"Ketika serbuan, suspek difahamkan mencampak bungkusan plastik itu ke atas jalan dan cuba melarikan diri.

"Hasil kecekapan anggota polis, suspek wanita itu berjaya diberkas dan pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan plastik berkenaan berjaya menemukan dadah syabu seberat 2.02kg yang bernilai RM260,000, " katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2016 @ 10:05 AM