PENDUDUK kampung mengadakan gotong-royong membersihkan sisa kayu yang tersekat di jambatan.
PENDUDUK kampung mengadakan gotong-royong membersihkan sisa kayu yang tersekat di jambatan.
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Seramai 20 belia Kampung Pulau Setelu di sini, sanggup bersengkang mata untuk memastikan jambatan merentasi Sungai Nenggiri menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli selamat digunakan pengguna.

Rata-rata belia berusia 20 an itu secara sukarela memastikan jambatan itu tidak dihanyutkan arus deras berikutan hujan lebat di kawasan hulu sungai sejak dua hari lalu menyebabkan sisa kayu dan sampah sarap yang hanyut tersekat.

Belia, Muhamad Syazwan Aniss Zulkefli, 20, berkata, jambatan sementara itu menjadi laluan penting bagi semua pengguna dan kerap ditenggelami air berikutan hujan lebat di hulu sungai.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif membuang sisa kayu yang tersekat di jambatan itu selama sehari sebaik melihat air naik dengan cepat.

“Sekiranya sisa kayu itu tidak dibuang segera, ia boleh menyebabkan jambatan itu dihanyutkan arus deras.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 9:37 AM