Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: “Jualan biskut ini diharapkan dapatlah membantu kos rawatan anak. Saya malu nak minta bantuan. Selagi termampu sebagai bapa saya akan usahakan terbaik,” kata Mat Johan Johari, 31.

Anak lelakinya, Muhammad Izz Ziqri, 2, terkena jangkitan ‘adenovirus’ iaitu jangkitan virus kepada sistem saluran pernafasan sehingga menyebabkan anak bongsunya itu bergantung 24 jam kepada bantuan mesin.

Izz menderita apabila paru-parunya disahkan rosak sejak berusia sembilan bulan.

Terdapat lima mesin bernilai RM33,000 yang perlu Izz gunakan

Bilevel Positive Airway Pressure (BiPAP) untuk sokongan pernafasan

mesin nebuliser (untuk beri ubat melalui gas)

mesin oksigen

mesin sedut kahak

tangki oksigen sebagai bekalan oksigen ketika mahu menghantar Izz ke hospital

Ubat-ubatan pula ialah Domperidone, Vitamin D, Fish Oil, Augmentin Azithromycin, MDI Salbutamol, Nebuliser dan Nebuliser Genta.

Orang ramai yang sudi membantu boleh hulurkan bantuan di nombor akaun CIMB atas nama Mat Johan bin Johari 7600632772

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 9:44 PM