Amirul Haswendy Ashari


PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat mendominasi tiga kategori di Anugerah Melodi 2016, malam tadi.

Ini termasuk kategori utama Personaliti Sensasi Melodi 2016. Malam anugerah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selebriti itu mengatasi Nora Danish, Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Zizan Razak untuk kategori Personaliti Media Sosial Melodi.

Penyanyi Pencuri Hati itu turut mengatasi nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Yuna, Faizal Tahir dan Akim Ahmad untuk kategori Personaliti Muzik Melodi.

Sepuluh kategori anugerah disampaikan pada anugerah julung kali diadakan program hiburan sensasi terbitan TV3, Melodi.

Harian Metro dan majalah digital Zip adalah rakan media bagi Anugerah Melodi 2016.

SENARAI PENERIMA

Anugerah Personaliti Fesyen Melodi dimenangi Nazim Othman

Anugerah Personaliti Pengacaraan Melodi dimenangi Neelofa

Anugerah Personaliti Muzik Melodi dimenangi Ayda Jebat

Anugerah Personaliti Komedi Melodi dimenangi Jepp Sepahtu

Anugerah Personaliti Filem Melodi dimenangi Zizan Razak

Anugerah Personaliti Sukan Melodi dimenangi Datuk Lee Chong Wei

Anugerah Personaliti Media Sosial Melodi dimenangi Ayda Jebat

Anugerah Pasangan Sensasi Melodi dimenangi Akim dan Stacy

Anugerah Personaliti Drama Melodi dimenangi Fattah Amin

Anugerah Personaliti Luar Negara Paling Berpengaruh Melodi diberikan kepada Afgan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 11:54 PM