PENGERUSI Majlis Peperiksaan, Prof. Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak menunjukan  Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) di Putrajaya.Turut kelihatan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan, Dr Jamil Adimin (kiri) dan Timbalan Ketua Eksekutif 1, Mohd Fauzi Kassim (kanan). FOTO Mohd Fadli Hamzah
PENGERUSI Majlis Peperiksaan, Prof. Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak menunjukan Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) di Putrajaya.Turut kelihatan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan, Dr Jamil Adimin (kiri) dan Timbalan Ketua Eksekutif 1, Mohd Fauzi Kassim (kanan). FOTO Mohd Fadli Hamzah
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam hampir semua lapan kriteria pengukuran pencapaian calon peperiksaan.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional menunjukkan peningkatan iaitu 2.65 pada 2015 berbanding 2.62 pada tahun sebelumnya.

"Selain itu, peratusan pencapaian calon mendapat PNGK 4.00 (four flat) dalam STPM sedikit menurun sebanyak 0.11 peratus iaitu 335 calon atau 0.80 peratus berbanding 2014 seramai 390 calon atau 0.91 peratus.

"Peratusan ini dijangka meningkat selepas calon yang ingin memperbaiki keputusan menduduki peperiksaan ulangan penggal tiga yang akan diadakan pada 3 hingga 9 Mac ini," katanya pada Pengumuman Keputusan STPM 2015 di sini hari ini.

Mohamed Mustafa berkata, peratusan calon mendapat PNGK 3.50 ke atas meningkat 1.22 peratus iaitu seramai 4,711 calon atau 11.22 peratus berbanding 4,285 calon atau 10.00 peratus.

"Peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas, PNGK 2.50 ke atas, PNGK 2.00 ke atas dan lulus penuh dalam lima atau empat mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan.

"Keputusan seperti ini memberi peluang lebih baik kepada pelajar untuk memohon memasuki universiti dalam dan luar negara kerana lebih ramai calon mendapat PNGK yang baik iaitu 2.50 ke atas berbanding pada 2014," katanya.

Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015

1- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang Selangor

2. SMK Hua Lian, Taiping Perak

3. SMK Jitra, Jitra Kedah

4.SMK Tun Dr Ismail Muar Johor

5. SMK Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan

6. SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan

7. SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas Kelantan

8. SMK Dong, Raub Pahang

9. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin Pulau Pinang

10. SMK (Perempuan) Abu Bakar Johor

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2015 (Kategori Bandar)

1.Tee Wee Sin - SMK Munshi Sulaiman Batu Pahat Johor

2. Choong Wai Kean - SMK Sam Tet Ipoh, Perak

3. Chai Chin Chiet - SMK Bandar Pontian, Pontian Johor

4. Wan Nursyafiqah Wan Rusli -SMK Tunku Temenggung, Pendang Kedah

5. Too Hon Lin- SMK Gajah Berang, Melaka

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2015 (Kategori Luar Bandar)

1. Muhammad Hakim Suhaimi- SMK Sultan Ibrahim (2) Pasir Mas, Kelantan

2. Nur Izwani Zulkifli - SMK Seri Intan Machang, Kelantan

3. Goh Kai Ying- SMK Mentakab, Pahang

4. Syamimi Sharifudin- SMK Tunku Putra Batu Pahat, Johor

5. Ooi Tzu Chia SMK Dato' Penggawa Timur, Pasir Gudang Johor

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM (Kategori Orang Asli)

Loke Chia Chien A/L Loke Heng Fait, 20 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, Pahang

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2015 (Kategori Pelajar Luar Negara)

Nurisan Salamoh, 20, Kolej Islam Sultan Alam Shah

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2016 (Kategori Pelajar Istimewa)

1. Muhammad Ikmalul Iktimam Mahadhir- SMK Sri Gunung Bachok, Kelantan

2. Azree Feekree Zamzuri, 20, - Sekolah Menengah St John, Kuala Lumpur

3. Felicia Pui Jia Yin dan Andrea Pui Jia Hui- SMK (P) St George, Georgetown Pulau Pinang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 2:09 PM