Pasukan penyelamat termasuk tentera Taiwan menggunakan kren dan gerudi untuk mengalihkan runtuhan besar bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap. - Foto EPA
Pasukan penyelamat termasuk tentera Taiwan menggunakan kren dan gerudi untuk mengalihkan runtuhan besar bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap. - Foto EPA
Keadaan bangunan apartmen 16 tingkat yang tumbang di bandar raya Tainan, selatan Taiwan, akibat gempa bumi semalam. - Foto EPA
Keadaan bangunan apartmen 16 tingkat yang tumbang di bandar raya Tainan, selatan Taiwan, akibat gempa bumi semalam. - Foto EPA
AFP

Tainan, Taiwan: Jumlah kematian akibat gempa bumi 6.4 magnitud yang melanda Taiwan, kini meningkat kepada 24 orang dengan lebih 120 lagi masih terperangkap di bawah runtuhan apartmen di selatan negara itu.

Sebuah bangunan setinggi 16 tingkat yang menempatkan kira-kira 100 rumah runtuh, akibat gempa yang melanda bandar raya ini, semalam.

Datuk Bandar Tainan, William Lai, berkata Pasukan penyelamat merekodkan 126 penduduk masih hilang dengan 103 daripada mereka terperangkap jauh di bawah runtuhan.

Rekod menunjukkan kira-kira 250 orang tinggal dalam bangunan itu namun jumlahnya dianggar lebih 300 kerana ada pelajar yang menyewa bilik tidak mendaftar selain saudara-mara yang pulang sempena Tahun Baru China.

Pasukan menyelamat berusaha mengalihkan runtuhan sepantas mungkin tetapi berhati-hati sambil meminta mangsa yang terperangkap supaya tabah. Berapa mangsa yang masih hidup sudah berjaya dikeluarkan selepas 24 jam terperangkap.

Antara 24 yang disahkan terbunuh ialah 22 penduduk dalam kompleks apartmen itu, termasuk bayi berusia 10 hari dan dua kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:14 PM