GOL Faiz mampu cetus semangat pemain tempatan hasilkan jaringan berkualiti. Gambar kecil, Datuk Hamidin Mohd Amin. FOTO Rosli Ahmad & Osman Adnan
GOL Faiz mampu cetus semangat pemain tempatan hasilkan jaringan berkualiti. Gambar kecil, Datuk Hamidin Mohd Amin. FOTO Rosli Ahmad & Osman Adnan
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia mengusulkan cadangan untuk mewujudkan Anugerah Gol Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan selepas ini.

Idea itu susulan kejayaan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri yang melakar sejarah muncul finalis Anugerah Puskas 2016 iaitu pengiktirafan terbesar bagi jaringan terbaik di peringkat dunia.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin , cadangan untuk memberikan pengiktirafan kepada pemain yang menjaringkan gol terbaik tempatan dilihat selari dengan anugerah anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Bagi saya cadangan untuk mengadakan Anugerah Gol Terbaik di peringkat kebangsaan sesuatu yang baik kerana ia akan memberi semangat kepada pemain untuk menghasilkan gol berkualiti.

“Perkara ini boleh diusulkan kepada FMLLP (Kerjasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia) kerana kategori Anugerah Gol Terbaik sememangnya ada dalam anugerah tahunan anjuran FIFA, jadi saya fikir cadangan ini selari dengan apa yang dilaksanakan oleh FIFA,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 7:50 AM