Nelayan yang diselamatkan. - Foto Ihsan APMM
Nelayan yang diselamatkan. - Foto Ihsan APMM
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Muara Tebas: Dua nelayan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuching selepas bot dinaiki mereka karam kerana laut bergelora di perairan Tanjong Po, Muara Tebas, hari ini.

Kejadian kira-kira 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rabuan Jerawi, 50-an dan adiknya Hamdi, 40-an, menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Difahamkan, mangsa berjaya berenang ke kawasan batuan untuk menyelamatkan diri sementara menunggu diselamatkan.

Hamdi pernah mengalami peristiwa sama Oktober lalu, yang mengorbankan rakannya, Razali Pit, 36.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching Komander Maritim Sharef Steve Mac Queen Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada nelayan yang melalui kawasan berkenaan pada 3.30 petang dan dua bot dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Dua nelayan itu yang tidak cedera, diselamatkan pada 5.05 petang dan mereka di bawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 9:30 PM