IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Muara Tebas: Mayat lelaki dipercayai nelayan yang dilaporkan hilang di Pulau Po, ditemui terapung di Pulau Lakei, di sini, hari ini.

Mayat itu ditemui nelayan yang kebetulan melalui kawasan pulau itu, pada 10.30 pagi.

Sumber berkata, pasukan mencari dan menyelamat membawa mayat itu ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching untuk tindakan selanjutnya.

"Mayat itu ditemui dalam jarak lima batu nautika dari lokasi dilaporkan hilang malam kelmarin.

Sementara itu, jurucakap APMM Sarawak ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan berkata pihaknya akan membuat proses pengecaman mayat untuk mengenal pasti identitinya.

Penemuan itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kemalangan menimpa bot dua nelayan yang dipukul ombak.

Malam kelmarin, bot dinaiki Razali Pet, 36, bersama rakannya, Hamddie Jarawi, 47, dilaporkan terbalik dipukul ombak di Tanjung Po, pada 10.30 malam.

Hamddie berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai namun Razali dilaporkan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 1:15 PM