AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid naik ke pentas terima Anugerah Wira Sang Saka Bangsa Pergerakan Pemuda UMNO buat arwah suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. FOTO Asyraf Hamzah
AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid naik ke pentas terima Anugerah Wira Sang Saka Bangsa Pergerakan Pemuda UMNO buat arwah suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. FOTO Asyraf Hamzah
Yusmizal Dolah Aling


BEKAS Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terima Anugerah Wira Sang Saka Bangsa Pergerakan Pemuda UMNO, hari ini.

Anugerah pertama kali diperkenalkan itu diberikan atas jasa Allahyarham yang pernah menjadi EXCO sayap parti itu sebelum ini.

Suasana Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sayu ketika isteri Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid naik ke pentas menerima anugerah berkenaan daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mastura yang hadir bersama anak-anaknya, Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat dan Wan Iskandar, dilihat menitiskan air mata sebaik nama suaminya diumumkan.

Selain itu, Pemuda UMNO juga memberikan Anugerah Kesatria Gemilang kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Beyond Boundaries, Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman.

Selain itu Anugerah Khas Pemuda 2016 buat bekas Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 11:07 AM