MANGSA terbaring di padang selepas dipanah petir. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
MANGSA terbaring di padang selepas dipanah petir. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli

Penampang: Tukang kebun maut manakala rakan sekerjanya parah akibat disambar petir di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Majuntin, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.20 petang itu, mangsa, Fazlie Lai Fauzi, 36, maut di lokasi berkenaan sementara rakannya Maidah Banir, 46, dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan kecemasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Difahamkan kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja penyelengaraan menanam rumput di padang terbabit sebelum insiden itu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Mayat mangsa sudah di bawa ke Unit Forensik HQE untuk dibedah siasat manakala rakannya masih menerima rawatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut, akibat dipanah petir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 8:23 PM