Pemandu dan penumpang Proton Saga FLX yang juga bapa dan anak turut maut dalam kemalangan yang mengorbankan lima orang petang tadi. FOTO Ahmad Othman
Pemandu dan penumpang Proton Saga FLX yang juga bapa dan anak turut maut dalam kemalangan yang mengorbankan lima orang petang tadi. FOTO Ahmad Othman
Ahmad Othman


Kota Tinggi: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 77 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran FELCRA Sungai Ara di sini, petang tadi meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi.

Sazumi Yahya, 55, yang memandu Proton Saga FLX meninggal dunia di hospital itu akibat parah di kepala. Terdahulu, anaknya, Nora Atika Sazumi, 13, meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain itu, tiga beranak, iaitu pemandu PERODUA Alza, Md Shafi'i Kassim, 56, isterinya, Asnah Kassim, 54, dan anaknya, Siti Nurullfarhah, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, PERODUA Alza yang dipandu Md Shafi'i dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke FELDA Tenggaroh Timur 2 dekat Mersing, manakala Proton Saga BLM itu dari Kuala Terengganu ke Bandar Penawar, Desaru di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 10:16 PM