Junaidi Ladjana


Keningau: Seorang maut manakala tiga cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung di Jalan Lintas Apin-Apin, di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Kumbang Tandagan, 55, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi, termasuk kanak-kanak perempuan berusia enam tahun hanya cedera, dalam kejadian 5.15 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.22 pagi.

Katanya, satu jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan Perodua Myvi yang dipercayai terbabas lalu terjunam ke gaung sedalam 20 meter.

"Terdapat empat mangsa dan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa hanya cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 10:05 AM