Keadaan tebing satu blok pangsapuri di Taman Puncak Kinrara yang terhakis petang tadi. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Keadaan tebing satu blok pangsapuri di Taman Puncak Kinrara yang terhakis petang tadi. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin


Puchong: Puchong: Lebih 200 penghuni Blok B3 pangsapuri Taman Puncak Kinrara, di sini diminta mengosongkan kediaman selepas berlaku hakisan tanah pada tebing blok itu, 4.15 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Mohd Hisham Mat Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang sebelum mengerahkan 12 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian dengan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebanyakkan penduduk sudah berkumpul di kawasan tempat letak kereta kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

"Kami kemudiannya menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan itu dan mengarahkan semua penghuni mengosongkan bangunan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, hakisan tanah yang berlaku hanya membabitkan bahagian tebing blok B3 dan tiada keretakan dikesan pada struktur bangunan itu.

"Buat masa ini, status bangunan itu sama ada selamat atau tidak belum dapat dipastikan kerana masih menunggu keputusan pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Bagaimanapun, kami akan menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan penghuni," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 7:24 PM