ANGGOTA keluarga menyiram air mawar di pusara Allahyarham Ustaz Ishak Din. FOTO Asrizal Aris
ANGGOTA keluarga menyiram air mawar di pusara Allahyarham Ustaz Ishak Din. FOTO Asrizal Aris
Asrizal Aris


Kuala Lumpur: Jenazah abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, 10.20 pagi tadi.

Majlis pengebumian dihadiri lebih 100 individu termasuk ahli keluarga serta rakan Allahyarham.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Keramat diimamkan anak ketiga Allahyarham, Mohd Badri, 42.

Ishak, 78, yang juga penceramah bebas, menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga 6.05 petang semalam selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sejak Jumaat lalu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Maimunah Nopiah, 70, dan lima anak iaitu Khairiah, 50; Nora, 47; Mohd Badri; Bahrurrazi, 37; dan Wardatun, 32.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 12:34 PM