Kedai emas di Kompleks Puchong Perdana yang gagal dirompak. FOTO  Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Kedai emas di Kompleks Puchong Perdana yang gagal dirompak. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Empat penjenayah gagal merompak sebuah kedai emas di Kompleks Puchong Perdana, Puchong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka terpaksa melarikan diri tanpa sebarang hasil selepas gagal memecahkan cermin kaca ruang pameran kedai emas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, bagaimanapun empat lelaki bersenjatakan kapak itu berjaya ditahan di kawasan Puchong Permai.

"Berpandukan maklumat orang ramai, polis berjaya mengesan suspek pertama yang cuba melarikan diri di kawasan Puchong Permai.

"Susulan tangkapan pertama, tiga lagi suspek berjaya ditahan di kawasan Bukit Puchong dan Melaka," katanya di sini, tadi.

Mohamad Azlin berkata, semua suspek ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 4:32 PM