Jakarta: Pilihan raya bagi memilih gabenor Jakarta semakin hangat dengan calon masing-masing menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi.

Terbaru calon naib presiden Jakarta, Sandiaga Uno berjanji untuk berenang ke Kepulauan Seribu sebagai simbolik kurangnya pengangkutan awam ke lokasi berkenaan.

Sandiaga yang bergandingan dengan calon gabenor, Anies Baswedan berjanji untuk melakukan misi itu dalam tempoh 90 hari akan datang.

“Insya-Allah, dalam tempoh 90 hari kami akan ke sana (Kepulauan Seribu). Saya akan berenang ke sana,” katanya yang dipetik portal Detiknews, semalam.

Kepulauan Seribu adalah gugusan beberapa pulau kecil yang terletak di utara Jakarta dan perjalanan menaiki bot ke pulau terhampir mengambil masa kira-kira 20 minit.

Sandiaga berkata, dia bakal berkunjung ke kepulauan berkenaan tanpa ditemani Anies.

Katanya, dia berjanji untuk menambah baik pengangkutan ke kepulauan berkenaan yang terkenal sebagai antara lokasi pelancongan popular. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:48 AM