KETENGAH latar zaman Perang Dunia Pertama sebagai identiti permainan.
KETENGAH latar zaman Perang Dunia Pertama sebagai identiti permainan.
KETENGAH latar zaman Perang Dunia Pertama sebagai identiti permainan.
KETENGAH latar zaman Perang Dunia Pertama sebagai identiti permainan.
KETENGAH latar zaman Perang Dunia Pertama sebagai identiti permainan.
KETENGAH latar zaman Perang Dunia Pertama sebagai identiti permainan.
Hazril Md Nor


Syarikat gergasi EA sentiasa memberi kejutan kepada peminat di serata dunia. Contohnya, keluaran terbaru Battlefield sebelum ini dijanjikan dengan tema Perang Dunia Kedua ataupun futuristik.

Namun, ia sekadar khabar angin semata-mata apabila EA Dice mengesahkan sendiri tema Perang Dunia Pertama digunakan sebagai identiti permainan video Battlefield 1 itu.

Bagi memastikan formula itu dimanfaatkan sepenuhnya, EA Dice memperkenalkan mod jalan cerita yang unik dan tersendiri.

Pertamanya, pemain disajikan dengan jalan cerita berlainan daripada keluaran sebelumnya selain berpeluang menyelami sejarah Perang Dunia Pertama yang jarang disentuh dalam dunia permainan video masa kini.

Kedua, ia tidak terikat dengan naratif yang menceritakan karakter utama. EA Dice membawa jalan cerita ke skala lebih besar dengan menampilkan jalan cerita tidak berkait mengenai manusia sepanjang peperangan epik itu berlaku.

Ketiga, karakter diperkenalkan dalam plot bukan bersifat satu dimensi. Mereka disertakan ketakutan, keinginan untuk hidup dan menentang musuh. Battlefield 1 menggambarkan setiap harapan jiwa bangsa yang inginkan kebebasan mahupun kemenangan namun tersekat dek peperangan melanda.

Keempat, penggunaan visual, audio, skrip, objek malah naratif disampaikan dengan berkesan dan meninggalkan impak cukup mendalam kepada peminat yang boleh menggambarkan sepenuhnya keadaan peperangan besar itu di skrin televisyen.

Akhir sekali, lima kisah perang dipaparkan dengan suntikan elemen sejarah menyelubungi lima negara yang terbabit dalam krisis peperangan itu. Namun, plotnya agak tipis dan sukar diselami sepenuhnya.

‘Multiplayer’ lebih seronok

Lambakan senjata futuristik digunakan dalam permainan video ketika ini dianggap klise. Justeru, EA Dice cuba menukar arus dan melihat daripada perspektif lama untuk bahagian ‘multiplayer’.

Penggunaan senjata api dan kenderaan wujud seabad lalu turut diperlihatkan dengan jelas di sini. Kapal terbang, ‘Dreadnoughht’, kereta api berperisai mencetuskan lagi huru-hara di medan perang yang disertai jeritan askar. Cukup menarik.

Kandungan baru

Salah satu kandungan menarik adalah penggunaan senjata ‘klasik’ namun masih mengekalkan identiti asal. Langkah ini untuk mewujudkan ekosistem membabitkan interaksi senjata dan keseimbangan kuasa.

Tindakan EA membezakan latar masa permainan video ini daripada kebanyakan ‘game’ lain menjadikan ia unik dengan sendirinya. Sebahagian identiti itu sudah tentunya mod Conquest apabila dunia luas Battlefield 1 menyinar.

Namun, mod baru iaitu Operations juga terbukti menyeronokkan yang kempen asal diambil daripada inspirasi Perang Dunia Pertama. Satu pasukan memainkan peranan pertahanan manakala pasukan penyerang perlu menawan objektif. Ia lebih kepada unsur realistik yang perlawanannya menyamai pertarungan dalam permainan berkonsepkan penembakan tunggal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 5:49 AM