Farah Suhaidah Othman

Taiping : Siling di ruang menunggu dekat makmal di Klinik Kesihatan Taiping, runtuh akibat limpahan air hujan pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, hujan lebat sejak pagi tadi mengakibatkan siling di makmal berkenaan runtuh.

Katanya, susulan kejadian itu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bomba membuat pemeriksaan sebelum menutup kawasan berkenaan untuk sebarang operasi.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika kejadian berlaku tiada pesakit atau kakitangan berada di lokasi itu.

"Ruang berkenaan serta operasi klinik ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pembaikan dan dijangka siap pada Ahad ini.

"Sebarang operasi klinik itu dipindahkan ke klinik kesihatan berhampiran manakala bahagian kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan JKR sedang membuat penilaian untuk kerja pembaikan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 6:34 PM
Siling runtuh di ruang menunggu dekat makmal Klinik Kesihatan Taiping, tengah hari tadi. FOTO Farah Suhaidah Othman
Siling runtuh di ruang menunggu dekat makmal Klinik Kesihatan Taiping, tengah hari tadi. FOTO Farah Suhaidah Othman