Subramaniam ditemui lemas. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Subramaniam ditemui lemas. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi

 

Sitiawan: Seorang lelaki yang menjala ikan di sebuah kolam terbiar di Kampung Spine, Kayan, di sini ditemui lemas 10.10 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, mayat S Subramaniam ditemui oleh anggota bomba dan orang kampung yang turut sama membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejak jam 5 petang semalam.

"Ketika kejadian mangsa sedang memasang pukat dan berenang menyeberangi kolam dengan menarik tali pukat sebelum lemas.

"Kita menemui mangsa yang tersangkut pada jaring pukat dan menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 10.30 malam dan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pulau Pangkor.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 10:08 AM