Muenster, Germany - March 30, 2013: A close up of an Apple iPhone 5 screen showing the App Store and various social media apps, including Google plus, Facebook, Pinterest, Twitter, LinkedIn and foursquare.
Muenster, Germany - March 30, 2013: A close up of an Apple iPhone 5 screen showing the App Store and various social media apps, including Google plus, Facebook, Pinterest, Twitter, LinkedIn and foursquare.
BERNAMA

Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan hanya 16 peratus ibu bapa di negara ini menggunakan aplikasi penapisan internet terhadap peranti yang digunakan anak-anak mereka.

Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, kajian SKMM bersama beberapa penyedia perkhidmatan internet (ISP) pada tahun ini mendapati 74 peratus ibu bapa berpendapat kanak-kanak perlu dilindungi daripada salah guna internet.

Beliau berkata, penguat kuasa dan ISP menyediakan aplikasi untuk memantau penggunaan internet oleh kanak-kanak dan peranan ibu bapa ialah memuat turun aplikasi itu.

Menurutnya, kerjasama antara SKMM dengan enam ISP diharap dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa, seterusnya menjadikan mereka lebih proaktif melindungi anak-anak daripada anasir buruk di internet.

Sementara itu, Pengarah Kanan Advokasi dan Jangkauan SKMM, Eneng Faridah Iskandar berkata kebanyakan kanak-kanak di negara ini mula memiliki telefon pintar pada usia 12 tahun.

Beliau berkata ibu bapa tidak boleh memberikan kepercayaan penuh kepada anak-anak dalam penggunaan internet tanpa memikirkan akibat penyalahgunaannya.

Enam ISP yang terbabit dalam inisiatif itu ialah Celcom, U Mobile, Digi, Maxis, Time dan TM.

Semua ISP kini mempunyai sistem pengawalan penggunaan internet yang membolehkan ibu bapa memantau, mengehadkan penggunaan dan menghalang akses ke laman sesawang dipilih ibu bapa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 11:23 PM