Agensi

Jakarta: Sekurang-kurangnya 21 rakyat Indonesia yang dalam perjalanan pulang dari Malaysia terbunuh selepas bot yang membawa mereka karam dekat Pulau Batam, kira-kira dua jam selepas meninggalkan Johor, hari ini.

Associated Press melaporkan, Ketua Polis Batam, Sambudi Gusdian, berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, bot berkenaan membawa kira-kira 90 penumpang dan gerakan mencari dan menyelamat sudah menemui 39 mangsa yang terselamat manakala 38 lagi masih hilang.

Seorang penumpang yang terselamat, Haryanto, 51, berkata bot berkenaan karam ketika ombak besar dan hujan lebat, kira-kira dua jam selepas berlepas dari, Selingi, Johor Bahru pada 3 pagi.

Jakarta Post melaporkan, Haryanto berkata, bot berkenaan terlalu sesak dan semua penumpang hanya mempunyai ruang untuk berdiri.

Ketua Polis Kepulauan Riau, Brigediar Jeneral Sambudi Gusdian, berkata pihaknya sedang menyiasat pengendali bot berkenaan yang disyaki membawa penumpang berlebihan secara haram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 3:31 PM